Kejohanan Berbasikal Jelajah Semenanjung 2019 memasuki peringkat kedua hari ini apabila membabitkan kayuhan dari Kuala Terengganu ke Chukai.

Perlumbaan sejauh 157.4km itu tidak begitu banyak dibezakan dengan peringkat pertama semalam.

Perlumbaan akan bermula dengan tiga zon pecut terlebih dahulu, iaitu di Marang, Kuala Dungun dan Paka sebelum menempuh zon pendakian di Kijal.

Dalam zon pecut pertama, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh, mendahului zon pertama itu yang melibatkan jarak 23.6km.

Ikuti laporan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 5.30 petang, 7.30 dan 11 malam ini