Badminton: Zii Jia optimis Malaysia di landasan terbaik

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2019 586
Badminton: Zii Jia optimis Malaysia di landasan terbaik
Pemain badminton nombor satu kebangsaan, Lee Zii Jia, mengetuai penaklukan bakat muda badminton negara di pentas Sukan SEA Filipina dan seterusnya menandakan Malaysia memiliki generasi baru untuk mencabar kelompok terbaik dunia satu hari nanti.

Jika dalam sukan badminton, emas persorangan lelaki yang diraih pemain berasal dari Kedah itu adalah ibu segala pingat.

"Memang ia cukup istimewa buat saya, terutama selepas gagal mendapatkan kejuaraan pada tahun ini. Ini kejohanan terakhir bagi 2019. Saya sudah persiapkan diri untuk ke sini bagi menghadirkan kejutan," katanya.

"Kalau semua boleh lihat, dalam tempoh dua tahun terakhir, pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) banyak memberi peluang kepada barisan pemain muda untuk bersaing.

"Hasilnya adalah keputusan ini. Saya bangga dengan rakan sepasukan yang telah membesar bersama sejak kecil seperti S. Kisona dan Soh Wooi Yik."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen