Aksi melawan yang dipamerkan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, berakhir hampa selepas tewas di tangan pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Oktavianti, dalam penentuan pingat emas di Kompleks Sukan Muntinlupa sebentar tadi.

Bermula sejak pukulan pertama, kedua-dua beregu saling berkejaran mata sebelum pasangan dari Indonesia itu memenangi set pertama 21-19.

Soon Huat-Shevon bangkit untuk memenangi set kedua meskipun ditentang hebat sebelum menang 21-19.

Dalam set penentuan, aksi diheret sehingga melebihi angka 21 sebelum pasangan negara itu akur terlepas pingat emas dengan kekalahan 21-23.