Badminton: Langkah skuad wanita terhenti dalam separuh akhir

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 4446
Badminton: Langkah skuad wanita terhenti dalam separuh akhir
Skuad badminton wanita negara gagal ke final acara berpasukan Sukan SEA Filipina apabila tewas 0-3 kepada Thailand di Kompleks Sukan Muntinlupa hari ini.

Perseorangan wanita utama negara, Soniia Cheah, gagal melakukan kejutan ke atas pemain pilihan, Ratchanok Intanon, untuk akur tewas 17-21, 14-21.

Beregu negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, pula memberi tentangan sengit buat Rawinda Prajongjai-Puttita Supajirakul sebelum tewas 22-24, 18-21

Harapan untuk menyaksikan perseorangan kedua, S.Kisona, mencuri mata dalam pertemuan ketiga turut tidak kesampaian apabila dikalahkan 21-15, 11-21, 12-21.

Ia menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa dengan Singapura, yang turut tewas kepada Indonesia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

"Saya kurang mengawal permainan kerana angin (di gelanggang) amat kuat dan laju.

"Saya hanya melakukan pukulan yang cantik tanpa memikirkan keadaan angin.

"Itu yang menyebabkan saya melakukan banyak kesilapan," kata Kisona.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen