Perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, percaya skuad negara memilki potensi menyumbang lebih daripada satu pingat emas dan Lee Zii Jia mampu menyinar sebagai taruhan utama negara.

Iskandar dan Zii Jia merupakan perseorangan lelaki yang membawa cabaran skuad negara ketika kempen Kuala Lumpur 2017.

Dan mereka tidak berselindung di sebalik prestasi buruk apabila Iskandar tersingkir di suku akhir sementara Zii Jia di pusingan kedua.

Berdasarkan perkembangan semasa indonesia akan mempertaruhkan pemain muda bagi saingan individu.

Sementara dua bintang mereka, Anthony Ginting dan juara bertahan perseorangan lelaki,Jonatan Christie hanya akan buat penampilan dalam acara berpasukan.

"Tidak sukar, cuma rumit sahaja. Kehadiran beberapa pesaing daripada Vietnam mampu memberikan cabaran. Saya percaya Zii Jia mampu menampilkan aksi cemerlang dan meraih emas di Manila nanti," kata Iskandar.

Dalam acara berpasukan lelaki, Malaysia juga dijangka ke final untuk mencongak ulangan menentang Indonesia seperti di Kuala Lumpur 2017.

"Jika sekali lagi berdepan Indonesia di final, saya berharap skrip dua tahun lalu tidak berulang dan mahu skuad negara pulang dengan pingat emas."