Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, terpaksa berhempas-pulas sebelum mara ke separuh akhir acara badminton Sukan SEA Filipina dengan menewaskan pasangan Singapura, Shinta Mulia Sari-Crystal Wong di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila hari ini.

Meskipun bergelut sebelum tumpas 21-15 dalam set pertama, beregu negara itu bangkit dalam dua set berikutnya untuk mencatatkan kemenangan 21-10, 21-18.

Mereka akan bertemu pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, dalam separuh akhir esok.

Sementara itu, satu lagi beregu negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, turut ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto, 21-19, 21-16.

Menanti mereka selepas ini ialah wakil Thailand, Chayanit Chaladchalam-Phataimas Muenwong.