Angkat berat: Skuad negara mulakan kempen tanpa pingat

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 324
Angkat berat: Skuad negara mulakan kempen tanpa pingat
Skuad angkat berat negara gagal meraih sebarang pingat dalam saingan hari pertama Sukan SEA Filipina apabila Aniq Kasdan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima hari ini.

Aniq melakukan penampilan pertamanya dalam edisi ini dan mengumpulkan angkatan keseluruhan seberat 234 kilogram -- 101 kilogram dalam clean and jerk dan 133 kilogram dalam snatch.

"Ia kali pertama saya berjumpa antara atlet yang terbaik di dunia, jadi, saya agak kurang yakin.," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen