Peluncur air negara, Adam Yoong Hanifah, mempertahankan rekod atlet paling muda dalam kontinjen negara menjelang Sukan SEA Filipina, Sabtu ini.

Dia akan melakukan penampilan ketiganya dalam temasya itu pada usia 11 tahun.

Adam Yoong mula menyertai Sukan SEA dalam edisi di Singapura pada 2015.

Kali ini, dia akan menyertai tiga rakan sepasukannya untuk memburu pingat emas dalam acara cable ski berpasukan campuran di Subic bermula 5 Disember ini.

"Amat hebat untuk mengetahui saya masih atlet paling muda yang akan ke Filipina.

"Ketika di Singapura pada 2015, saya masih berusia 7 tahun.

"Dua tahun lalu, saya masih atlet paling muda dalam Sukan SEA Kuala Lumpur dan meraih satu pingat emas.

"Saya akan mencuba yang terbaik untuk membantu pasukan meraih pingat emas dalam acara berpasukan

"Malaysia Boleh!" katanya.