Acara muaythai ditunda sehari

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 172
Acara muaythai ditunda sehari
Atlet muaythai negara terpaksa menunggu lebih lama untuk memulakan cabaran dalam Sukan SEA Filipina apabila acara itu terpaksa ditangguhkan sehingga lusa gara-gara masalah teknikal.

Acara di Subic itu sepatutnya bermula esok, namun terpaksa ditunda sehari kerana masalah venue.

"Kami terpaksa menunda sehari untuk membantu tuan rumah mempersiapkan (venue).

"Selain itu, tiket kapal terbang untuk juri masih tiada, jadi mereka masih belum sampai di sini.

"Peralatan juga masih banyak yang belum sampai, jadi kami terpaksa membuat keputusan untuk menunda sehari," kata Pengarah Pertandingan Muaythai Sukan SEA, Datuk Shahnaz Azmi.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen