Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph, menyenaraikan 20 pemain untuk menghadapi Sukan SEA Filipina minggu depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan negara telah berlepas ke Manila pagi tadi bagi menghadapi saingan Kumpulan A dengan pasukan tuan rumah, Filipina, Jumaat ini.

Malaysia seterusnya akan bertemu Myanmar tiga hari kemudian.

Jika Malaysia muncul antara dua pasukan teratas Kumpulan A, mereka akan layak ke separuh untuk bertemu salah satu pasukan daripada Kumpulan B, yang dibarisi juara bertahan, Vietnam, selain Thailand dan Indonesia.

Dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu, skuad negara menamatkan cabaran di tangga tercorot peringkat kumpulan.

Untuk rekod, Malaysia tewas kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan dalam edisi itu.

Senarai 20 pemain:

Penjaga gol - Nurul Azurin Mazlan, Asma Junaidi.

Pertahanan - Malini Nordin, Maizura Maurice, Usliza Usman, Noor Mianah Balanting, Alice Mic Midheal, Ainie Tulis, Jessica Susanne Mailu.

Pemain tengah - Jaciah Jumilis, Pedrolia Martin Sikayun, Dadree Rofinus, Ji. Fedalliah Claritta Jaimin, Eva Olivianie Antinus, Shereilynn Elly Pius, Nurul Izzati Zainol, Andrea Lee Xin Yi, Nur Faiqah Safira Farid.

Penyerang - Norhanisa Yahya, Sihayaajad.

-- BERNAMA