Zulfahmi: Malaysia miliki lambakan bakat baru

Oleh Penulis Jemputan 15 Januari 2018 183
Zulfahmi: Malaysia miliki lambakan bakat baru
Pelumba berpengalaman negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, yakin Malaysia mempunyai ramai pelumba muda yang berbakat berlandaskan potensi yang disaksikannya dalam Program Impian Ke MotoGP.

Program yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu itu menyaksikan lima peserta terbaik dipilih
dan dijangka bakal muncul sebagai pelumba MotoGP pada masa depan oleh Litar Antarabangsa
Sepang (SIC).

Zulfahmi, yang pernah bersaing dalam kategori Moto3, turut terbabit dengan pemilihan pelumba dan
mereka yang terpilih berpeluang menjalani latihan sebelum digilap untuk menjadi pelumba negara
dalam saingan MotoGP.

"Dengan tajaan dan kemudahan yang dimiliki, kami dapat mengasah bakat mereka dengan baik.

"Saya yakin di usia yang muda, agak lebih mudah buat kami untuk membentuk mereka. Mereka juga mempunyai kemahuan yang tinggi," katanya.

Pelumba yang dipilih menerusi program ini berusia sekitar 14 hingga 16 tahun dan peserta termuda
yang meraih tempat adalah Muhammad Harith Haziq Zamri.

Bagi Haziq, dia menyimpan impian untuk bergelar pelumba MotoGP satu hari nanti dan yakin ia
bukan satu angan-angan kosong.

"Saya mula memupuk minat selepas bapa membelikan sebuah motor kecil tetapi dalam masa sama tidak boleh mengabaikan pelajaran," ujar Harith.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen