Johann Zarco meraih petak pertama dalam sesi kelayakan Grand Prix Republik Czech, dengan pendahulu kejuaraan MotoGP, Fabio Quartararo, di tempat kedua di Brno.

Pelumba kelahiran Perancis Zarco, yang menunggang jentera Reale Avintia Ducati, melakukan catatan satu minit 55.687 saat di Brno untuk meraih petak pertama sejak 2018.

Ia menghentikan rentetan empat petak pertama buat rakan senegaranya, Quartararo, yang memenangi dua perlumbaan pertama musim ini -- di mana kedua-dua perlumbaan dilangsungkan di Jerez.

Quartararo seharusnya berada di tempat ketiga selepas Pol Espargaro melakukan catatan masa yang lebih pantas, namun usaha pelumba kelahiran Sepanyol itu dibatalkan apabila meneruskan pusingan ketika dalam kondisi bendera kuning, bermakna dia akan memulakan perlumbaan di tempat keenam.