Kejayaan Mohd Zaqhwan Zaidi muncul juara keseluruhan kategori Supersport 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2016, tidak datang bergolek.

Selepas mengharungi semusim yang mengecewakan dalam saingan Moto2 pada 2015, pelumba berusia 21 tahun kembali bangkit dalam ARRC.

Lebih manis, kejayaan Zaqhwan turut membantu pasukannya, Honda Musashi, untuk mengungguli ARRC buat kali kelimat berturut-turut.

"Syukur Alhamdulilah, ini adalah rezeki daripada Allah s.w.t, saya sangat bersyukur.

"Ketika di awal musim, saya mengharungi musim yang sukar tetapi akhirnya saya berjaya sekali lagi muncul juara," jelas Zaqhwan.

Tweet 3

Zaqhwan mengesahkan kejuaraan selepas mengumpul 162 mata.

Ditanya berkenaan dengan tangisan penuh emosi mentornya Shahrul Yuzy, Zaqhwan menjawab: "Saya bermula di arena Cub Prix dan Shahrul Yuzy berada di situ. Dia nampak bakat saya dan dari situ kisah kami bermula," tambahnya.