Hanya tiga hari selepas pengumuman penganjuran sukan dibenarkan semula, Malaysia dikejutkan dengan kejohanan pertama yang bakal dilangsungkan 17 Julai ini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu saingan sukan permotoran dua roda.

10 Julai lalu, penantian untuk penganjuran sukan berakhir apabila mesyuarat khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan PKP bersetuju membenarkan aktiviti sukan, rekreasi bersentuhan fizikal dibuka semula.

Walaupun kebanyakan sukan masih dalam perbincangan mengenai penganjuran kejohanan, sukan permotoran dua roda itu tampil menjadi sukan pertama dengan pengumuman kalendar Cub Prix 2020 bakal bermula 17 Julai ini.

"Kami yakin dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah kami kemukan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi penganjuran perlumbaan dan saya percaya ia adalah pelan yang terbaik buat kami," kata Pengarah Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg, yang diwawancara oleh Muiz Aziz.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang berasakan pengumuman tersebut dibuat terlalu cepat, namun Ron menjelaskan penganjuran Cub Prix 17 Julai ini sudahpun dianggap sudah lewat.

"Sebenarnya kami menghadapi sukan permotoran dapat dianjurkan bermula 1 Julai kerana persiapan telah dilakukan dengan lebih awal lagi."