Repsol Honda dedah plat lengan Marquez patah 

Oleh Shaiful Shamsudin 7 Ogos 2020 332
 Repsol Honda dedah plat lengan Marquez patah 
Kepingan logam di lengan Juara MotoGP, Marc Marquez, patah ketika dia cuba membuka tingkap di rumahnya, menurut pengurus pasukan Repsol Honda, Alberto Puig.

Marquez mengalami patah tulang lengan dalam perlumbaan pertama musim ini di Jerez sebelum menjalani pembedahan untuk memasukkan plat titanium.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu didapati berkayuh basikal dalam Grand Prix (GP) Andalusia pada hujung minggu berikutnya, namun mengakui belum tidak sesuai untuk kembali berlumba selepas berasa tidak selesa dalam sesi kelayakan.

Isnin lalu, Marquez didedahkan perlu menjalani pembedahan kedua berikutan kerosakan pada platnya yang menyaksikan Puig menyatakan ia berkaitan dengan "kemalangan domestik".

Bercakap menjelang GP Republik Czech di Brno hujung minggu ini, Puig berkata: "Seperti yang anda ketahui, Isnin lalu, Marc telah menjalani satu lagi pembedahan di bahagian humerus akibat kemalangan di Jerez.

"Kali ini ia melibatkan kemalangan domestik ketika dia cuba membuka tingkap dan dia tiba-tiba berasakan kesakitan yang amat, kami dapat lihat plat itu patah. 

"Ia disebabkan tekanan berat di lengannya tetapi seperti yang anda tahu, kami ke Jerez dengan keyakinan bahawa kami mampu mengharunginya. 

 

"Doktor tidak menghalangnya dan mereka juga tidak pernah memaklumkan bahawa plat itu boleh pecah.

"Sekiranya kami mempunyai maklumat ini, mungkin dia tidak akan pergi ke Jerez, Honda pasti tidak akan memberinya peluang untuk menunggang.

"Tetapi perkara positif mengenainya, ia berlaku di rumahnya, bukan di Brno dengan berbasikal atau di Austria yang boleh mengakibatkan kecelakaan besar sekiranya dia ditimpa kemalangan lain.

"Mulai sekarang, kami harus terus memeriksa perkembangan tulangnya dan hanya masa yang boleh memberitahu adakah dia sudah bersedia untuk kembali berlumba."

Marquez kini 50 mata dipisahkan dengan Fabio Quartararo di puncak kedudukan, justeru pelumba Repsol Honda itu bakal menghadapi tugas besar untuk meneruskan cabarannya merebut gelaran MotoGP ketujuh.

Namun, Puig belum mahu mengetepikan pelumba Sepanyol itu sambil memberi gambaran mengenai kejayan yang lebih bergaya. 

"Anda sama sekali tidak boleh mengatakan tidak, peluang kami belum berakhir tetapi lebih sukar," katanya. 

"Saingan lebih terbuka ketika ini, peserta yang tidak berpeluang kini memiliki peluang terhidang. 

"Bagaimanapun, jika anda memeriksanya secara matematik, ia lebih sukar, tetapi inilah yang berlaku. Kadang-kadang anda menang, kadang-kadang anda kalah.

"Marquez, biasanya dia akan menang. Sekarang ia akan menjadi lebih sukar."

Marquez bakal terlepas GP Republik Czech dan dilaporkan bersedia terlepas dua perlumbaan seterusnya sebelum kembali di Mugello bulan depan. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen