Rela patah kaki daripada dijangkiti Covid-19 -- Muzakkir

Oleh Ammar Hakim 27 November 2020 269
Rela patah kaki daripada dijangkiti Covid-19 -- Muzakkir
'Saya lebih rela patah kaki daripada dijangkiti Covid-19 semula', itu luahan pelumba OneXOX TKKR, Muzakkir Mohd yang berkongsi pengalaman dikuaratin 22 hari.

Muzakkir disahkan positif dengan jangkitan berbahaya itu 28 Oktober lalu, berita dirinya yang dijangkiti dengan penyakit membunuh itu jelas mengejutkan komuniti sukan, tatkala warga permotoran tempatan berjuang untuk menghidupkan kembali kalendar Cub Prix.

Dia yang sah bebas daripada wabak itu 19 November lalu berkongsi kembali saat dia dimasukkan ke pusat kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

"Pengalaman berada di hospital ketika dikuarantin adalah sesuatu yang tidak mahu dilalui lagi selepas ini," katanya.

"Sejujurnya, saya rela patah kaki daripada dijangkiti Covid-19 sekali lagi. Ia adalah satu pengalaman yang tidak mahu dilalui selepas ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen