Razlan: Tiada ruang sesuaikan diri dalam MotoGP 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 Ogos 2020 22538
Razlan: Tiada ruang sesuaikan diri dalam MotoGP 
Prinsipal Yamaha-Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, berada dalam keadaan tersepit di antara membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi, ataupun memberi ruang buat pelumba tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah, ke dalam pasukan itu musim depan.

Razlan sedar beban ditanggung Hafizh Syahrin ketika ini, namun tidak boleh sewenangnya memberi slot mudah buatnya sambil menyarankan pelumba ituy melantik pengurus bagi mengendalikan kontrak kariernya.

"Saya memang tersepit dalam hal ini. 

"Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita.

"Bukan tidak boleh tapi kami perlu berlandaskan keputusan. 

"Bila sudah sampai di tahap MotoGP, seseorang pelumba itu perlu menyerlah, bukan lagi masa untuk pendedahannya selama setahun dua.

"Dia sepatutnya sudah tahu untuk mengendalikan jentera MotoGP," katanya. 

Sementara itu, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersimpati dengan Hafizh Syahrin dan sedia menjadi pelantar kepada pelumba itu mendapatkan bantuan bagi meneruskan perjalanan dalam saingan MotoGP.

"SIC sememangnya di bawah agensi KBS (Kementerian Belia Sukan). 

"SIC telah dipilih untuk memantau bakat-bakat pelumba negara dalam MotoGP. 

"Apa-apa bantuan yang disalurkan KBS perlu melalui SIC dan kami sentiasa membantu pelumba negara dalam MotoGP," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shaffriman Hanif.

Hafizh Syahrin, yang mula mencipta nama apabila beraksi dalam saingan Moto2 selama tiga  tahun dan musim terbaik ialah pada 2016, hafizh sukar memberi saingan pada dua musim di motogp dan kembali ke moto2 tahun ini di mana dia hafizh menyerlah dengan menamatkan dua perlumbaan di kelompok 10 terbaik
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen