Perez bakal tinggalkan Racing Point

Oleh Ammar Hakim 10 September 2020 86
Perez bakal tinggalkan Racing Point
Sergio Perez bakal meninggalkan Racing Point pada penghujung musim Formula Satu (F1) 2020, dengan Sebastian Vettel dilaporkan bakal menggantikan tempatnya.

Juara empat kali, Vettel, dikatakan telah ditawarkan kontrak oleh Racing Point, yang bakal menjadi Aston Martin tahun depan.

Racing Point mengumumkan semalam bahawa Perez akan meninggalkan pasukan penghujung musim ini, menamatkan tujuh tahun bersama pasukan tersebut.

CEO dan prinsipal pasukan, Otmar Szafnauer, berkata, "Checo adalah sebahagian daripada keluarga Silverstone selama tujuh tahun dan telah menjadi salah seorang pelumba yang lengkap di atas grid.

"Pantas ketika beraksi Sabtu dan Ahad, dia telah memahat reputasi sebagai pelumba muda dan bersama-sama kami telah mengharungi detik yang menarik.

"Bagaimanapun, kami perlu mengucapkan selamat tinggal kepadanya, tetapi masih lagi berbaki sembilan perlumbaan dan terdapat peluang untuk Checo untuk menghasilkan detik manis lagi bersama pasukan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen