Nasib GP British ditentukan akhir bulan ini

Oleh Shaiful Shamsudin 2 April 2020 16
Nasib GP British ditentukan akhir bulan ini
Keputusan mengenai sama ada Grand Prix (GP) British akan diteruskan tahun ini akan dibuat pada akhir bulan ini.

Kancah Formula Satu (F1), seperti sukan lain dalam kalendar sukan global, terjejas teruk akibat penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

Lapan perlumbaan yang dijadualkan pada musim ini sama ada dibatalkan atau ditangguhkan ekoran oleh pandemik itu.

F1 masih berharap dapat menganjurkan sekurang-kurangnya 15 hingga 18 perlumbaan yang boleh dihabiskan lewat Januari 2021.

GP British, dijangka akan berlangsung di Silverstone pada 19 Julai depan, diwar-war mungkin menjadi aksi pembukaan kempen kali ini yang perlu dipendekkan sementara satu garis masa akan ditetapkan sebelum Silverstone membuat keputusan.

"Silverstone dan F1 saling berhubung rapat mengenai situasi yang sedang berjalan dan menilai kemungkinan untuk mengadakan GP British pada 17 hingga 19 Julai," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur perlumbaan itu.

"Kami amat menghargai acara sukan lain di England telah mengambil keputusan mengenai acara masing-masing Julai ini, tetapi adalah penting untuk menekankan bahawa aspek logistik dan pengaturan sukan mereka adalah berbeza berbanding Silverstone dan oleh itu, jadi kami mempunyai hingga akhir bulan ini untuk memuktamadkan keputusan.

"Keselamatan peminat, rakan sekerja dan komuniti F1 menjadi keutamaan dan kami akan terus melibatkan diri dengan pihak berkuasa yang berkaitan."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen