Johann Zarco akan terlepas sesi latihan bebas Grand Prix Styrian di Austria hari ini tetapi masih berpeluang untuk beraksi dalam perlumbaan sebenar hujung minggu ini selepas mengalami patah pergelangan tangan.

Pelumba Reale Avintia Ducati itu menjalani pembedahan kelmarin selepas patah pergelangan tangan kanan dalam kemalangan ngeri Grand Prix Austria hujung minggu lalu

Zarco sedar dia amat bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan berkelajuan tinggi dengan Franco Morbidelli itu di Litar Red Bull Ring.

Kedua-dua pelumba itu kelihatan melambung tinggi bersama-sama jentera mereka, yang tercampak dan hampir melangar Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Berselang lima hari selepas insiden ngeri itu, Zarco tidak akan beraksi di litar sama di Spielberg dalam sesi latihan bebas tetapi pelumba berbangsa Perancis itu akan menjalani pemeriksaan seterusnya untuk melihat sama ada dia boleh menyertai sesi kelayakan esok atau tidak.

Pelumba berusia 30 tahun itu memuat naik sekeping gambar dalam Instagram di mana tangan kanannya berbalut anduh dengan mengangkat tanda ibu jari dengan tulisan: "Hai semua! Pembedahan ini baik-baik sahaja! Ayuh lihat secepat mana saya boleh kembali pulih!"

Hi everyone! All good with the operation! Let see now how fast can be my recovery! #thankyou - #seeyoutomorrow -

A post shared by Johann Zarco (@johannzarco) on


Rossi mengkritik Zarco di atas "kesilapan serius ketika membuat keputusan" di Spielberg, sambil berkongsi rakaman kejadian insiden itu dari jenteranya dalam Instagram.

Dia menulis dalam laman sosial: "Saya memahami bahawa dalam perlumbaan, kami akan memberikan segala-galanya dan semua orang akan memberikan yang terbaik untuk berada di depan tetapi kita tidak boleh lupakan bahawa ia adalah sukan yang berbahaya dan keselamatan kami dan lawan adalah jauh lebih penting daripada memperoleh kedudukan yang baik.

"Zarco tidak berniat untuk mencetuskan kemalangan seperti itu tetapi ia tetap satu kesilapan serius dalam membuat keputusan, di mana ia tidak sepatutnya dilakukan oleh pelumba MotoGP, terutama pada kelajuan 310km/j."

Dia menambah: "Imej dari kamera saya ini adalah yang paling saya takutkan kerana daripada itu anda dapat lihat betapa lajunya jentera Franco melintasi litar di depan saya.

"Ia amat pantas dan saya tidak dapat melihatnya dan apabila saya kembali ke pit, saya sudah menggigil selepas melihat jentera Zarco terbang melintasi atas kepala Maverick," katanya lagi.

Le immagini dalla mia telecamera sono quelle che mi fanno più paura,perché da qui si può capire la velocità con cui la moto di Franco ha attraversato la pista proprio davanti a me.è passata talmente forte che io non l’ho neanche vista,quando sono tornato ai box ero già abbastanza scosso per aver visto la moto di Zarco letteralmente volare sopra la testa di Maverick.miracolosamente non si è fatto male nessuno ma spero che questo incidente faccia riflettere tutti,soprattutto noi piloti.Zarco non ha intenzionalmente causato una carambola del genere,ma resta comunque un grave errore di valutazione,che un pilota di MotoGP non può permettersi,soprattutto in una staccata da 310 km/h.spostandosi velocemente sulla destra e frenando “in faccia” a Franco,non gli ha lasciato il posto per rallentare,quindi Morbidelli non ha potuto fare altro che centrarlo a tutta velocità.capisco che in gara ci si gioca tanto e tutti danno il massimo per stare davanti,ma non dobbiamo dimenticarci che il nostro è uno sport pericoloso,e l’incolumità nostra è dei nostri avversari è molto più importante che guadagnare una posizione.

A post shared by Valentino Rossi (@valeyellow46) on