Johann Zarco akan memulakan perlumbaannya yang berikutnya dari lorong pit selepas dihukum susulan insiden perlanggaran ngeri dengan Franco Morbidelli dalam Grand Prix Austria hujung minggu lalu.

Pelumba Reale Avintia Ducati itu retak pergelangan tangan kanan selepas berlanggar dengan Morbidelli di Red Bull ring.

Panel penyiastan mendapati Zarco -- yang mengakui dirinya bertuah kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam insiden itu -- bersalah kerana tunggangan yang kurang cermat dan dikenakan penalti itu dalam perlumbaan berikutnya.

"Selepas pemerhatian, adalah diputuskan bahawa kemalangan itu berpunca daripada tunggangan kurang cermat daripada Johann Zarco, di mana dia akan dikenakan penalti," kata satu kenyataan yang dikeluarkan MotoGP.

"Pelumba Perancis itu akan memulakan perlumbaan MotoGP yang seterusnya dari lorong pit."