MotoGP: Vinales ungguli saingan di Sepang

Oleh Bernama 3 November 2019 119
MotoGP: Vinales ungguli saingan di Sepang
Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales, yang bermula dari petak kedua memenangi perlumbaan MotoGP di Litar Sepang, hari ini.

Pelumba berusia 24 tahun yang mewakili pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP itu melengkapkan perlumbaan kelas premier 20 pusingan itu dalam masa 40 minit 14.632 saat, 3.059s di hadapan juara dunia tahun ini, Marc Marquez, dari pasukan Repsol Honda dan 5.611s meninggalkan Andrea Dovizioso daripada pasukan Ducati di tempat ketiga.

Pelumba pasukan dari Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Red Bull KTM Tech3, menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.

Keputusan MotoGP Grand Prix Malaysia 2019:

1. Maverick Vinales (ESP) Monster Energy Yamaha MotoGP 40:14.632s
2. Marc Marquez (ESP) Repsol Honda Team +3.059s
3. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team +5.611s
4. Valentino Rossi (ITA) Monster Energy Yamaha MotoGP +5.965s
5. Alex Rins (ESP) Team Suzuki Ecstar +6.350s
6. Franco Morbidelli (ITA) Petronas Yamaha SRT +9.993s
7. Fabio Quartararo (FRA) Petronas Yamaha SRT +12.864
8. Jack Miller (AUS) Pramac Racing +17.252s
9. Danilo Petrucci (ITA) Ducati Team +19.773s
10. Joan Mir (ESP) Team Suzuki Ecstar +22.854s
11. Pol Espargaro (ESP) Red Bull KTM Factory Racing +24.821s
12. Francesco Bagnaia (ITA) Pramac Racing +30.251s
13. Aleix Espargaro (ESP) Aprili Racing Team Gresini +30.447s
14. Jorge Lorenzo (ESP) Repsol Honda Team +34.215s
15. Mika Kallio (FIN) Red Bull KTM Factory Racing +34.461s
16. Hafizh Syahrin (MAS) Red Bull KTM Tech 3 +44.319
17. Karel Abraham (CZE) Reale Avintia Racing +47.343

Tidak Menamatkan Perlumbaan:

Johann Zarco (FRA) LCR Honda Idemitsu 4 laps
Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda Castrol  6 laps 
Andrea Iannone (ITA) Aprilia Racing Team Gresini 9 laps

-- BERNAMA 

Tentang Penulis

Bernama

Komen