Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan Grand Prix Austria di petak pertama, sementara Jack Miller menghasilkan pusingan yang cemerlang untuk meraih tempat kedua.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Vinales, mencatatkan masa terpantas -- satu minit 23.450 saat dengan menggunakan tayar medium-soft -- memulakan memulakan perlumbaan di petak pertama di Red Bull Ring.

Ia merupakan kebangkitan yang terbaik buat pelumba kelahiran Sepanyol itu, yang berada di tempat ke-14 di Brno minggu lalu selepas dua kali menamatkan perlumbaan sebagai naib juara dalam dua pusingan terdahulu.

Namun dia kembali menemui sentuhan di Spielberg, Vinales mendahului carta di FP3 sebelum sekali lagi muncul kelima terpantas dalam FP4.

"Saya sangat gembira kerana mencapai objektif iaitu berada di petak pertama. Saya tiba-tiba dapat beraksi dengan cemerlang bermula pada FP4," kata Vinales.

"Pasukan telah bertindak dengan cemerlang. Kami perlu memilih tayar yang bersesuaian, jentera saya berada di tahap terbaik. Jauh berbeza dibandingkan ketika di Brno."

Miller hanya ketinggalan 0.068 saat di belakang Vinales, bermakna pelumba Pramac Racing itu berjaya mengatasi pendahulu kejuaraan MotoGP, Fabio Quartararo, yang bertembung dengan Vinales, berada di petak ketiga.

Ia telah disahkan semalam bahawa Andrea Dovizioso bakal meninggalkan Ducati pada penghujung musim dan mendahului lorong kedua di tempat keempat.

Pol Espargaro dan Joan Mir masing-masing di tempat kelima dan keenam, manakala lorong ketiga menyaksikan Franco Morbidelli, Alex Rins dan Johann Zarco.

Brad Binder yang memenangi perlumbaan kelas perdana minggu lalu bersama KTM di Brno akan memulakan saingan di tempat ke-17, hari ini.

Keputusan 10 pelumba terbaik:

1. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha)
2. Jack Miller (Pramac Racing) +0.068s
3. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) +0.087s
4. Andrea Dovizioso (Ducati) +0.156s
5. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory) +0.162s
6. Joan Mir (Team Suzuki Ecstar) +0.223s
7. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.269s
8. Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) +0.281s
9. Johann Zarco (Reale Avintia Ducati) +0.378s
10. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +0.422s