MotoGP: Rossi, Petronas-Yamaha SRT capai kesepakatan jalin kerjasama

Oleh Shaiful Shamsudin 26 September 2020 166
MotoGP: Rossi, Petronas-Yamaha SRT capai kesepakatan jalin kerjasama
Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mengesahkan Valentino Rossi merupakan taruhan pada musim depan. 

Rundingan yang berlanjutan sejak sekian lama itu akhirnya tercapai menjelang kelayakan Grand Prix (GP) Catalan hujung minggu ini yang menyaksikan Rossi akan menyertai Franco Morbidelli untuk melengkapkan barisan pasukan satelit berkenaan tahun depan.

Juara dunia tujuh kali itu, bagaimanapun, masih akan menggunakan jentera kilang sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan. 

Legenda dari Itali itu akan menggantikan Fabio Quartararo yang beralih ke destinasi sebaliknya. 

Rossi, yang akan mencecah 42 tahun Februari tahun depan, masih berkobar-kobar untuk bersaing sejak penampilan pertama MotoGP pada 2000.

"Saya banyak berfikir sebelum mengambil keputusan ini kerana cabarannya semakin sengit dan sukar. Untuk berada di puncak MotoGP, anda perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Berlatih setiap hari dan menjalani kehidupan sebagai atlet, apatah lagi saya masih gemar melakukannya dan saya masih mahu menunggang," kata Rossi.

"Selama enam bulan awal tahun ini, saya sudah menetapkan pendirian dan bercakap dengan Yamaha, mereka bersetuju dengan keputusan ini. 

"Mereka memberitahu biarpun tiada tempat untuk saya dalam pasukan pengeluar, jentera pengeluar tetapi sokongan pengeluar adalah dijamin."

 

Prisipal Petronas-Yamaha SRT, Razlan Razali, menyatakan kegembiraannya ketika membawa Rossi ke pasukan yang membuat kemunculan pertama MotoGP di Qatar tahun lalu.

"Pengalamannya akan menjadi aset besar pasukan tatkala kami memasuki musim ketiga MotoGP dan kami yakin mampu menimba banyak pengalaman daripada Valentino," kata Razali.

"Pada masa yang sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantunya bersaing sebagai penghargaan atas kepercayaannya terhadap kami sebagai satu pasukan. Kami dengan rendah hati menyahut peluang ini dan sudah bersedia untuk menghadapi cabaran.

"Kami percaya gandingan Valentino dan Franco akan memberikan kekuatan yang benar-benar hebat untuk membantu kami mencapai matlamat kami untuk bersaing sebanyak mungkin tahun depan. 

"Kami tidak sudah sabar lagi!"

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen