Marc Marquez berada "di tahap berbeza" dalam Grand Prix Aragon dan Fabio Quartararo berasakan tidak mampu untuk menghalang juara dunia itu daripada meraih kemenangan MotoGP kedua berturut-turut.

Penunggang jentera Repsol Honda, Marquez terjatuh dalam Ujian Bebas 2 (FP2), Jumaat lalu tetapi berjaya merekodkan masa terpantas untuk berada di kedudukan pertama buat kali kelima musim ini (1 minit 47.009 saat).

Jaguh kelahiran Sepanyol itu menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kemenangan dalam GP San Marino minggu lalu dengan memintas Quartararo dalam pusingan terakhir.

Penunggang muda daripada pasukan Petronas Yamaha itu akan memulakan perlumbaan di tempat kedua hari ini tetapi berasakan tidak mampu untuk memberikan cabaran, sekali gus berkemungkinan besar terlepas kemenangan ulangan dalam saingan GP di Aragon.

"Dalam saingan kelayakan, saya memutuskan sambungan otak saya pada pusingan terakhir untuk cuba melakukan yang terbaik.

"Kami berjaya melakukannya dan ia merupakan sesuatu yang positif kerana menyedari jentera kami tidak mampu beraksi cemerlang di litar ini tetapi kami telah berusaha sebaik mungkin," kata Quartararo, sebelum membincangkan mengenai peluang untuk menewaskan Marquez.

"Segalanya tidak mustahil, tetapi sejujurnya dia berada di tahap yang berbeza di Aragon. Sasaran saya adalah mengakhiri perlumbaan dengan cemerlang dan meraih mata untuk pasukan. Saya berasakan kami mampu menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima terbaik."

Maverick Vinales bakal memulakan perlumbaan di tempat ketiga sementara Valentino Rossi di tangga keenam di belakang Jack Miller dan Aleix Espargaro.

Penunggang Monster Energy Yamaha itu mencadangkan perlumbaan itu akan ditentukan dalam pusingan pembukaan tetapi Marquez menyedari dia tidak boleh hilang tumpuan sepanjang saingan.

"Kami menampilkan persembahan berkualiti sepanjang minggu ini. Kami berusaha dengan sebaik mungkin dalam FP4 dan menemui rentak yang terbaik," kata Marquez.

"Saya mahu cuba memberikan tumpuan, menilai perlumbaan ini dan memilih tayar terbaik.

"Kunci utama perlumbaan ini adalah memberikan tumpuan dalam setiap pusingan, memahami litar serta cuaca turut memberikan kelebihan kepada saya."