Peminat sukan permotoran tanah air yang kecewa tetap akur dengan keputusan pembatalan MotoGP Malaysia demi keselamatan semua dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, status tiket perlumbaan itu akan diumunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak lama lagi.

Tatkala peminat dibelenggu isu tiket MotoGP Malaysia, berita baik buat pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin, yang boleh menerik nafas lega apabila berpeluang meneruskan saingan hingga penghujung musim ini.

Onexox TKKR SAG berjaya mendapatkan dana tambahan sekitar RM1.75 juta daripada penaja, ONEXOX Berhad, untuk menampung kos perlumbaan pelumba itu yang berbaki 11 pusingan lagi.

Dari Race Haram ke Wall of Glory .. Start Race Highway masa zaman RXZ bengkel tepi pokok kat Bukit Bruang ( arwah man...

Posted by Onexox TKKR SAG Team on Wednesday, July 29, 2020


Bagaimanapun, Kasma masih perlu meneruskan saingan itu dengan hanya satu jentera memandangkan dana untuk mendapatkan jentera simpanan belum mencukupi.

Sebelum ini, Onexox TKKR SAG bimbang Kasma terpaksa menamatkan saingan Moto2 lebih awal kerana perlu mendapatkan dana sekitar RM3.23j.

Kasma yang buat penampilan sulung Moto2 musim ini bagaimanapun masih gagal meraih sebarang mata selepas tiga perlumbaan.