MotoGP: OneXOX TKKR jawab isu diganti pasukan baru Indonesia 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 November 2020 5329
MotoGP: OneXOX TKKR jawab isu diganti pasukan baru Indonesia 
Ketiadaan OneXOX TKKR dalam ujian musim sejuk di Jerez, Sepanyol, mengundangkan spekulasi mengenai kedudukan mereka dalam Moto2 2021.

Khabar angin itu diperkuatkan lagi dengan berita pasukan baru dari Indonesia, Mandalika Racing Team, yang dikatakan sudah mengambil alih saham pasukan Sepanyol, Stop and Go (SAG). 

"Spekulasi adalah bagus untuk pasukan. Kami tidak boleh halang. 

"Saya cuma nak pesan, segala-galanya boleh berlaku dan tidak. Kemungkinan ia tidak berlaku ketika ini sangat tinggi tetapi dalam MotoGP, perniagaan adalah keutamaan demi kelangsungan hidup. 

"Mereka ada hak untuk mencari dana bagi memastikan dapat terus bersaing dalam MotoGP.

"Kami sudah menandatangani kontrak dengan SAG selama tiga tahun. Setakat ini kami sudah mematuhi semua syarat dan terma perjanjian yang ditetapkan cuma mungkin ada penambahan yang perlu dimasukkan," jelas pemilik pasukan OneXOX TKKR,  Bobie Farid Shamsuddin.


 

Isu panas malam ni ... Kalau betul maka berakhirlah penglibatan ONEXOX TKKR next year ... Boleh la tanya direct kat...

Posted by Onexox TKKR SAG Team on Friday, November 27, 2020


Bobie sebaliknya mendedahkan mereka sebenarnya sudah pun mempunyai perancangan untuk mengharungi musim depan biarpun pelumba negara dalam Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin, tidak mengambil peluang menjalani ujian musim sejuk. 

"Tetap setakat ini tiada hubungan konkrit yang mengatakan Mandalika Racing Team akan mengambil tempat kami dalam Moto2. 

"Kalau benar Dimas Ekky Pratama akan mengambil tempat Kasma, dia sepatutnya berada di Jerez untuk sesi ujian musim sejuk ketika ini yang melibatkan pasukan dan pelumba baru, sebab itu tidak ramai yang menyertainya.

"Kami sudah ada banyak data Kasma di Jerez pada tahun ini jadi tiada keperluan untuk dia ke sana lagi, bukannya sebab ditukarkan."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen