MotoGP: Oliveira dedah tidak cuba pintas Espagaro, Miller

Oleh Ammar Hakim 24 Ogos 2020 5445
MotoGP: Oliveira dedah tidak cuba pintas Espagaro, Miller
Miguel Oliveira mendedahkan dia tidak cuba untuk memintas Jack Miller dan Pol Espargaro di selekoh terakhir Grand Prix Styrian, namun kejayaan itu menyaksikan dirinya bergelar pemenang perlumbaan MotoGP dari Portugal yang pertama.

Espargaro bersaing dengan Miller pada pusingan terakhir, sebelum memudahkan jalan untuk Oliveira meraih kemenangan pertama perlumbaan tersebut.

Ia merupakan kemenangan pertama buat pelumba berusia 25 tahun itu dan pasukannya, Red Bull KTM Tech 3, dalam perlumbaan yang ke-900 dalam kelas perdana itu.

Bercakap selepas perlumbaan, Oliveira menjelaskan dia hanya memberikan tumpuan kepada kedudukannya dan mahu keluar daripada selekoh itu dengan cemerlang sebelum menyedari dia menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

"Semestinya saya turut berasakan ia adalah langkahyang bijak kerana Pol memulakan perlumbaan di petak pertama dan mendahului saingan sepanjang perlumbaan," katanya.

"Jentera saya memiliki momentum dan menunggu peluang untuk memintas, tanpa kehilangan masa, dan melakukannya untuk memintas Ducati di hadapan anda bukan sesuatu yang mudah.



"Mereka mula bertarung untuk mendapatkan tempat pertama di dua selekoh terakhir. Jika anda lihat pada sejarah di Spielberg, apabila dua pelumba tiba bersama, ia akan sentiasa berakhir dengan sama.

"Jadi saya menjangkakan peluang saya akan berakhir di tempat ketiga. Saya tidak cuba untuk memintas sesiapa. Saya cuba merapatkan kedudukan dengan sebaik mungkin, membuat persiapan untuk selekoh terakhir dan apa yang saya lakukan mengejutkan diri sendiri apabila melepasi garisan penamat, saya tidak melihat sesiapa di depan saya dan bercakap kepada diri sendiri, 'saya akan menang!'.

"Ia adalah saat yang manis, sungguh menarik."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen