Takaaki Nakagami bakal memulakan perlumbaan Grand Prix Teruel di petak pertama selepas cemerlang dalam saingan kelayakan, namun ia merupakan hari yang mengecewakan buat pendahulu kejuaraan MotoGP, Joan Mir.

Nakagami menjadi pelumba Jepun pertama sejak Makoto Tamada pada 2004 untuk meraih petak pertama, penunggang jentera LCR Honda itu merekodkan catatan masa terpantas, 1:46.882 saat.

Tiada tuah buat Mir, yang bakal memulakan perlumbaan di petak ke-12, sementara pencabar kejuaraan, Andrea Dovizioso, di tempat ke-17.


Keputusan kelayakan

1. Takaaki Nakagami (LCR Honda) 1:46.882 saat
2. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.063s
3. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.273s
4. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +0.359s
5. Johann Zarco (Esponsorama Racing) +0.415s
6. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) +0.444s
7. Cal Crutchlow (LCR Honda) +0.495s
8. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3 ) +0.627s
9. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +0.637s
10. Alex Marquez (Repsol Honda) +0.721s
11. Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech3) +0.739s
12. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +0.760s