Pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso, memenangi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2016 selepas mencatatkan masa 42 minit 27.333 saat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Ia adalah kemenangan kedua diraih pelumba dari Itali itu dan kali pertama bersama Ducati selepas muncul terpantas di Sepang.

Kali terakhir dia memenangi perlumbaan ialah pada 2009 di GP Britain.

"2009 sudah terlalu lama. Kemenangan sentiasa istimewa. Saya agak bergelut dengan keadaan cuaca seperti ini. Saya amat mahukan kemenangan ini. Kami amat bekerja keras sejak empat tahun lalu.

"Terima kasih kepada pasukan, keluarga dan peminat," katanya.

Tempat kedua dirangkul juara dunia sembilan kali dari Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi manakala Jorge Lorenzo menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Rossi ketinggalan 3.115 saat di belakang Dovizioso manakala Lorenzo 11.924 saat.

KEPUTUSAN MOTOGP:


1. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team 42:27.333s
2. Valentino Rossi (ITA) Movistar Yamaha MotoGP 42:30.448s
3. Jorge Lorenzo (SPA) Movistar Yamaha MotoGP 42:39.257s
4. Hector Barbera (SPA) Avintia Racing Ducati 42:47.249s
5. Loris Baz (FRA) Avintia Racing 42:48.686s
6. Maverick ViƱales (SPA) Team SUZUKI ECSTAR 42:50.265s
7. Alvaro Bautista (SPA) Aprilia Racing Team Gresini 42:53.162s
8. Jack Miller (AUS) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS 43:00.079s
9. Pol Espargaro (SPA) Monster Yamaha Tech 43:01.037s
10. Danilo Petrucci (ITA) OCTO Pramac Yakhnich 43:01.613s
11. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda Team 43:03.813s
12. Eugene Laverty (IRL) Pull & Bear Aspar Team 43:03.971s
13. Aleix Espargaro (SPA) Team Suzuki Ecstar 43:04.230s
14. Bradley Smith (GBR) Monster Yamaha Tech 43:12.942s
15. Scott Redding (GBR) OCTO Pramac Yakhnich 43:17.112s
16. Hiroshi Aoyama (JPN) Repsol Honda Team 43:19.998s
17. Stefan Bradl (GER) Aprilia Racing Team Gresini 43:20.117s
18. Tito Rabat (SPA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS 43:22.224s

Tidak diklasifikasikan:

Andrea Iannone ITA Ducati Team 26:54.777s
Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda 24:43.757s
Yonny Hernandez (COL) Pull & Bear Aspar Team 25:17.337s