MotoGP: Hafizh berang insiden kecurian di Sepang

Oleh Staff Writer 4 November 2019 1692
MotoGP: Hafizh berang insiden kecurian di Sepang
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, menolak kes kecurian membabitkan pasukan barunya tahun depan, Angel Nieto, tiga hari lalu merupakan satu cubaan sabotaj terhadap kariernya.

Perkembangan terbaru membabitkan kes berkenaan menyaksikan tiga rakyat tempatan sudah pun ditahan polis bagi membantu siasatan.

Dianggarkan peralatan yang dicuri ketika hari pertama saingan MotoGP Malaysia, Jumaat lalu bernilai RM200,000.

Hafizh ternyata kesal dengan kejadian itu memandangkan dia bakal bersama dengan Angel Nieto bagi kategori Moto2, musim depan.

"Saya rasa peluang yang digunakan ini sangat memalukan di Malaysia. Ini adalah kejuaraan dunia dan sangat besar. Saya sangat malu dengan perangai mereka yang mencuri. Selaku wakil Malaysia, saya memohon maaf," katanya.

Dia kini melalui musim sukar dalam saingan MotoGP bersama KTM Redbull dengan dia tidak dapat mengutip sebarang mata ketika perlumbaan semalam di sebalik menamatkan saingan di kedudukan ke-16.

"Boleh dikatakan saya mahu satu mata di laman sendiri tetapi tiada rezeki. Namun, kedudukan ke-16 sudah cukup dekat dengan mata dan saya akan lakukan yang terbaik pada tahun depan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen