MotoGP: Hafizh belum temui rentak terbaik 

Oleh Penulis Jemputan 2 November 2018 253
MotoGP: Hafizh belum temui rentak terbaik 
Catatan masa latihan bebas kedua membabitkan pelumba negara belum menampakkan potensi sebenar untuk menggegar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini.

Keseluruhannya, 32 pelumba mengambil kesempatan menguji jentera.

Sesi latihan bebas hari ini tertumpu kepada kelas perdana, khususnya bintang tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah, yang dalam usaha merebut gelaran pelumba baru terbaik. 

Musim pertamanya dalam saingan elit ini menampakkan prestasi turun naik tetapi keserasian di Sepang bakal menjadi aset untuknya cuba memulakan perlumbaan sebenar  di kelompok depan, Ahad ini.

Peminat sukan permotoran tanah air, bagaimanapun, perlu terus menanti kemunculan sebenar Hafizh apabila menamatkan latihan bebas kedua ini di kedudukan ke-20 dengan catatan masa 2 minit 1.894 saat.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, terpantas dengan 1:59.697s untuk mengatasi Valentino Rossi yang ketinggalan tujuh saat, disusuli Maverick Vinales di tempat ketiga. 

Sementara itu, dalam saingan Moto2, Khairul Idham Pawi menamatkan sesi di kedudukan ke-25 
dengan rekod masa 2:09.184s.

Beralih ke Moto3 pula, penunggang Petronas Sprinta Racing, Adam Noroddin, juga jauh daripada prestasi sebenar.

Namun, dia mempamerkan peningkatan daripada aspek catatan masa berbanding sesi pertama apabila merekodkan masa 2:15.741s berbanding 2:25.794s yang dirakamkan pada sesi pagi.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen