MotoGP: Espargaro dominasi Red Bull Ring

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Ogos 2020 197
 MotoGP: Espargaro dominasi Red Bull Ring
Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) kelima dan ke 10 terpantas dalam sesi latihan bebas pertama MotoGP Von Osterreich di Austria, sebentar tadi. 

Franco Morbidelli meraih kedudukan kelima dengan catatan masa 1 minit 24.588 saat sementara rakan sepasukannya dan juara dua kali musim ini, Fabio Quartararo, di tangga ke-10, ketinggalan sebanyak 0.56s dengan pelumba di tangga pertama, Pol Espargaro, disusuli juara 2019, Andrea Dovizioso (Ducati)  dan Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu).

Dalam kelas berbeza pula, pelumba negara, Khairul Idham Pawi, masih bergelut untuk mencari tunggangan terbaik dalam Moto3 apabila merakam 1:38.713s untuk di kedudukan ke-29 daripada 31 pelumba.

Selepas empat pusingan perlumbaan, pelumba kelahiran Perak itu masih belum meraih sebarang mata dan misi gapai mata sulung menjadi buruannya bersama SRT. 

Sesi latihan bebas pertama didominasi Tony Arbolino daripada Rivacold Snipers Team dengan catatan 1:36.550s.

Rakan sepasukan Khairul Idham, John Mcphee pula ditempat kedua dengan dibezakan 0.291s sementara pelumba Sepanyol, Jaune Masia, melengkapkan kedudukan ketiga terpantas. 

 

It's one of the fastest circuits we go to! 💨 Go Around the Circuit with Marco Bezzecchi to learn all about the Red Bull Ring in Spielberg! 🙌 #AustrianGP 🇦🇹

Posted by MotoGP on Friday, August 14, 2020


Saingan Moto2 pula menyaksikan Hafizh Syahrin Abdullah yang sudah mengutip 17 mata selepas tiga perlumbaan, bermula agak baik di kedudukan ke-10 terpantas pada awal sesi latihan bebas.

Sehinggakan pada suatu ketika, dia berada dalam kelompok lima teratas. 

Namun, catatan masa 1:29.750s masih belum cukup buatnya apabila terpaksa akur di kedudukan ke-17.

Dengan cuaca yang tidak terlalu panas memberi kelebihan kepada pelumba lain terutama Sam Lowes yang melakar catatan 1: 29.133s yang mewakili Marc VDS Racing Team. 

Marco Bezzechi pula di tempat kedua apabila dibezakan 0.016s dan pelumba Sepanyol, Augusto Fernandez, ketiga.

Seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin, tercorot.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen