MotoGP: Binder cipta sejarah buat KTM, Quartararo gagal teruskan momentum

Oleh Ammar Hakim 9 Ogos 2020 2005
MotoGP: Binder cipta sejarah buat KTM, Quartararo gagal teruskan momentum
Pelumba baru saingan MotoGP, Brad Binder, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menjuarai perlumbaan sulungnya dalam kelas perdana itu di Grand Prix Republik Czech, sebentar tadi.

Dengan juara bertahan, Marc Marquez, masih lagi diketepikan, barisan pelumba lain terus mempamerkan permulaan yang cemerlang bagi musim ini dengan aksi agresif daripada Binder memberikan kemenangan sulung buat dirinya serta KTM.

Franco Morbidelli meraih podium pertama namun permukaan tayar jenteranya yang haus menyaksikan gagal untuk menghalang Binder -- pemenang pertama dari Afrika Selatan bagi kelas perdana -- di Brno.

Johann Zarco, yang memulakan perlumbaan di petak pertama, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan jentera tertua di atas grid di sebalik menerima penalti akibat pelanggaran dengan Pol Espargaro.

Fabio Quartararo memenangi dua perlumbaan pertama di Jerez tetapi gagal meneruskan rentak menamatkan saingan di tempat ketujuh, di belakang Alex Rins, Valentino Rossi dan Miguel Oliveira, manakala Maverick Vinales dikecewakan apabila menamatkan saingan di tempat ke-10.
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen