MotoGP: Adik-beradik Marquez perkuat Repsol Honda

Oleh Penulis Jemputan 19 November 2019 1474
MotoGP: Adik-beradik Marquez perkuat Repsol Honda
Alex Marquez akan menyertai kategori perdana Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2020 dan akan menyertai abangnya, Marc Marquez, dalam pasukan Repsol Honda.

Alex, 23, menjuarai kategori Moto2 musim ini dan akan mengekori jejak abangnya, Marc, yang juga juara enam kali kelas utama berkenaan.

Marc menjuarai kelas Moto2 pada 2012 sebelum menjuarai kategori perdana dalam enam daripada tujuh musim pertamanya.

Honda menandatangani Alex bagi menggantikan juara dunia tiga kali, Jorge Lorenzo, yang bersara selepas perlumbaan terakhir musim ini.

Alex menandatangani kontrak setahun dan akan bersedia untuk menunggang jentera Honda RC213V dalam musim pertamanya itu.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen