Moto3: Superkip potong jari demi teruskan karier

Oleh Ammar Hakim 27 Ogos 2020 2171
Moto3: Superkip potong jari demi teruskan karier
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, mengakui jari kelingking yang selama ini tidak boleh bengkok menjadi penghalang utama untuk dia fokus dalam setiap perlumbaan dan pengorbanan membuang sebahagian jari itu dilakukan demi masa depan kariernya selain lega tiada lagi masalah mampu mengganggu prestasi lagi. 

Khairul atau dikenali sebagai 'Superkip' tekad mengambil keputusan tersebut selepas membuat perbincangan bersama pasukan Petronas Sprinta Racing demi kelangsungan kariernya.

Pembedahan itu terpaksa dijalankan selepas pelumba berusia 21 tahun berkenaan mengalami kemalangan ketika sesi latihan bebas di Grand Prix Republik Czech, 8 Ogos lalu.



Namun, jarinya itu telah memberi kesan kepada prestasi Superkip sejak tahun sebelumnya di GP Sepanyol.

"Alhamdulillah saya berada dalam keadaan yang baik selepas pembedahan semalam. Jari saya telah lama tidak boleh bengkok kerana terdapat skru dan kemalangan di Brno tempohari menjadikan keadaan saya bertambah buruk," kata Khairul Idham.

"Jika saya masih lagi kekal dengan jari ini ia akan menjejaskan karier dan saya mengambil keputusan untuk membuangnya demi masa depan saya."

Imej: FB Petronas SRT

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen