Moto3: Binder sertai Petronas SRT

Oleh Ammar Hakim 16 September 2020 3299
Moto3: Binder sertai Petronas SRT
Petronas Sprinta Racing Team (SRT) mengumumkan pelumba daripada Afrika Selatan, Darryn Binder, akan bersama pasukan itu dalam saingan Moto3, diikat dengan kontrak perjanjian selama satu tahun bermula 2021. 

Binder mendapat perhatian pasukan itu selepas menjadi salah satu prospek terbaik dalam kategori junior selain memaparkan aksi sengit sepanjang musim.

Pelumba berusia 22 tahun itu menyertai kejuaraan Moto3 pada 2015 dan menunjukan peningkatan dalam setiap perlumbaan.

Baru-baru ini, pelumba berasal Afrika Selatan itu berjaya merangkul dua podium pada penampilan di Jepun tahun 2018 dan Argentina tahun lalu. 

Untuk rekod, Binder menjadi pelumba terbaru untuk Petronas SRT tahun depan. 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen