Moto2: Onexox TKKR SAG berdepan waktu singkat selamatkan masa depan

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Julai 2020 360
Moto2: Onexox TKKR SAG berdepan waktu singkat selamatkan masa depan
Pemilik pasukan Onexox TKKR SAG menyatakan jika tiada penaja boleh menampung kos pasukan dalam tempoh 14 hari, mereka terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengundur diri daripada saingan Moto2 ekoran kekurangan alatan yang penting. 

Keputusan ini dilihat sesuatu yang berisiko tinggi kerana jika mereka mengundur diri, kebarangkalian untuk bertanding semula dalam kancah itu agak sukar ekoran syarat yang lebih ketat daripada pihak penganjur.

Onexox TKKR SAG kini menduduki tangga keenam saingan berkenaan selepas tiga pusingan diadakan musim ini yang menyaksikan taruhan utama, Remy Gardner, muncul penyumbang utama kepada keutipan 20 mata itu. 

"Saya perlu ganti dana penajaan yang sepatutnya saya dapat tahun ini. 

"Kalau tidak dapat gantikan dana ini, tiada makna kami meneruskan (saingan ini).

"Tetapi dalam masa beberapa hari ini, saya akan berjumpa dengan beberapa prospek dan kita tengoklah macam mana kelak,"kata pemilik pasukan OneXOX TKKR  SAG, Boby Farid.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen