Moto2: Hafizh raih podium kedua musim ini

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2017 1716
Moto2: Hafizh raih podium kedua musim ini
Pelumba Petronas Raceline, Hafizh Syahrin Abdullah, berjaya menaiki podium keduanya musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam perlumbaan Moto2, Grand Prix Jepun di Litar Twin Ring Motegi, hari ini.

Beraksi dalam hujan, pelumba lain agak berhati-hati tetapi Hafizh yang dikenali sebagai 'The Fish' kerana kepakaran menguasai litar basah, mempamerkan aksi cemerlang sebaik memulakan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Keberanian dan kemahiran tinggi yang dipamerkan Hafizh menyaksikan dia berjaya memotong pelumba demi pelumba sehingga berada di kedudukan ketiga.

Alex Marquez (Marc VDS), adik kepada juara dunia tiga kali MotoGP, Marc Marquez, menjuarai saingan itu dengan catatan 32 minit 8.901 saat. 

Marquez meninggalkan pelumba Tech 3, Xavi Vierge, 1.465s di kedudukan kedua sementara Hafizh yang berada di tempat ketiga ketinggalan 3.134s. 

Seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, menamatkan perlumbaan di tempat ke-23. 

Franco Morbidelli mendahului kedudukan keseluruhan pelumba dengan 256 mata, diikuti Thomas Luthi (232 mata) dan  Marquez (180 mata).

Moto2 Grand Prix Jepun

1. Alex Marquez 32m 8.901s
2. Xavi Vierge +1.465s
3. Hafizh Syahrin +3.134s
4. Francesco Bagnaia +5.415s
5. Mattia Pasini +5.618s
6. Takaaki Nakagami +6.163s
..
..
23. Khairul Idham Pawi +50.531s

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen