Misi Kasma belum selesai

Oleh Penulis Jemputan 18 November 2017 55
Misi Kasma belum selesai
Kasma Daniel Kasmayuddin semakin hampir untuk menamatkan musim 2017 dengan cemerlang apabila mengungguli sesi kelayakan pada hari pertama pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakamkan catatan terbaik 56.178 saat, 0.409s lebih pantas daripada Md Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 56.587s, manakala rakan sepasukan Kasma, Mohd Ramdan Mohd Rosli, ketiga terpantas dengan masa 56.731s.

Meskipun telah mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan CP150, pelumba berusia 17 tahun itu mahu menamatkan musim 2017 dengan satu lagi kemenangan bagi melengkapkan koleksi musim 2017 dengan enam kemenangan peribadi sebagai hadiah kepada penyokong di halaman sendiri minggu ini.

“Walaupun litar ini pertama kali berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix, namun saya sangat menggemarinya. Gabungan laluan lurus panjang dan beberapa selekoh yang sempit sesuai dengan gaya ‘stop and go’ saya.

“Tambahan pula beraksi di laman sendiri, sudah tentu saya semakin bersemangat untuk menamatkan musim 2017 ini dengan satu lagi kemenangan,” jelas Kasma.

Sesi kelayakan CP115 diungguli  Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 57.623s, diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang), 57.743s dan Azroy Hakeem Anuar dan Md Haziq Fairues yang mencatat masa serupa, 57.932s.
 
Keputusan kelayakan

CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 56.178s
2. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 56.587s
3. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 56.731s
4. Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 56.739s
5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 56.756s
 
CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 57.623s
2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57.743s
3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 57.932
4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 57.932s
5. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 58.166s

Shootout Wira
1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.063s
2. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.136s
3. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 59.188s
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 59.261s
5. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 59.353s

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen