Apabila terpadamnya lampu di Albert Park 21 Mac tahun depan, karier Mick Schumacher dalam Formula Satu bakal bermula.

Perlumbaan pertama 2021 bakal mengambil tempat selepas sembilan tahun bapanya dan legenda F1, Michael mengumumkan persaraan dan 21 tahun dan 364 hari selepas juara itu membuat penampilan sulung dalam sukan itu.

Tetapi bukan kerana namanya Schumacher dia memperoleh tempat dalam saingan F1 bersama Haas.

Pelumba berusia 21 tahun itu memenangi gelaran Formula Tiga pada 2018, menyertai Akademi Pemandu Ferrari pada 2019 dan dalam landasan untuk memenangi saingan Formula Dua -- memiliki kelebihan 14 mata ketika berbaki satu perlumbaan.

Dia berharap akan mengikut jejak langkah bapanya untuk menjuarai Grand Prix Australia -- perlumbaan yang dimenangi empat kali -- dan mengatasi Romain Grosjean, yang menghasilkan penampilan debut bersama Haas dan menamatkan saingan di tempat keenam di Melbourne pada 2017.