Mick Schumacher memuji impak Sebastian Vettel terhadap dirinya apabila pemandu akademi Ferrari itu mahu mencipta nama dalam dunia sukan permotoran.

Bapa Schumacher, Michael, memenangi tujuh gelaran dunia Formula Satu sepanjang kariernya bersama Benetton dan Ferrari.

Kini, anaknya yang berusia 20 tahun itu, yang memandu untuk Prema Racing dalam saingan Formula Dua, menghuni tangga ke-12 dalam kedudukan 2019 tetapi menang di Hungary, Ogos
lalu.

Dia juga telah memandu untuk Ferrari dalam sesi ujian Formula Satu musim ini dan berkata pemandu paling berpengalaman pasukan serta rakan senegaranya, Vettel, merupakan sumber sokongan yang kuat terhadap dirinya.

"Saya amat menghormati dirinya," kata Schumacher kepada Motorsport-Magazin.

"Kami banyak berbincang mengenai permotoran. Saya berpandangan bagaimana hubungan bapa saya dengan Vettel, dia melakukan perkara yang sama terhadap saya -- seseorang yang saya rapat yang saya boleh bercakap tentang sukan permotoran."

Vettel telah memenangi empat gelaran Formula Satu tetapi kesemuanya hadir bersama Red Bull sebelum menyertai Ferrari pada 2015.

Schumacher berkata dia berasakan seperti "tertarik kepada Ferrari" dan bercakap mengenai keinginannya untuk bersaing buat pasukan tersebut satu hari nanti.

"Saya membesar dengan mereka dan sentiasa memandu untuk pasukan Itali," katanya lagi.

"Saya beraskan DNA bapa saya dalam setiap Ferrari, ia sesuatu yang membanggakan saya."

Bapa Schumacher, Michael, tidak kelihatan di khalayak sejak mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika meluncur ski pada Disember 2013.