Mick Schumacher merupakan salah seorang daripada tiga prospek Ferrari yang bakal berpeluang untuk memandu jentera itu dalam sesi latihan bagi baki musim 2020, perkara itu disahkan pasukan Formula 1.

Schumacher -- anak kepada legenda F1, Michael, yang memenangi tujuh gelaran dunia sepanjang kariernya -- di puncak kedudukan Formula 2 dengan berbaki sepusingan lagi.

Pelumba berusia 21 tahun itu bakal mengambil bahagian dalam sesi latihan F1 buat pertama kali Jumaat ini, dan dia bakal memandu Alfa Romeo 9 Oktober menjelang Grand Prix Eifel, perlumbaan yang dijadualkan selepas ini.

Callum Ilott turut berpeluang untuk menguji kemampuan dalam sesi yang sama, peluma Britain itu -- yang merupakan pencabar terdekat Schumacher dalam F2 tahun ini -- akan mengisi kerusi jentera Haas di Nurburgring.

Kedua-duanya telah memandu jentera F1 sebelum ini, mengambil bahagian dalam sesi ujian tahun lalu.