Marc Marquez mengalami kecederaan patah humerus ketika jatuh dalam perlumbaan Grand Prix Sepanyol dan bakal menjalani pembedahan, perkara itu disahkan oleh Repsol Honda.

Juara bertahan itu jatuh dalam perlumbaan pembukaan musim MotoGP di Jerez dan dihempap jenteranya.



Marquez kelihatan tidak selesa ketika dibantu pegawai perlumbaan dan telah dibawa ke pusat perubatan di mana dia telah menjalani imbasan sinar-X.

Repsol Honda mengesahkan kecederaan tersebut dan bakal menjalani pembedahan di Barcelona.

"Jatuh di selekoh 3 menjadi faktor Marquez mengalami kecederaan patah humerus (tulang lengan) kanan, yang bakal berkunjung ke Barcelona untuk pembedahan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan.

"Juara dunia lapan kali itu mengalami kecederaan patah tulang lengan.

"Pegawai perubatan MotoGP mengesahkan tiada kecederaan serius tetapi akan terus memantau keadaannya dalam tempoh 12 jam berikutnya.

"Marquez akan ke Hospital Universitari Dexeus di Barcelona dan akan menjalani pembedahan yang bakal dilakukan oleh Dr Xavier Mir dan pasukannya esok.

"Tempoh pemulihan masih lagi tiada lagi, Pasukan Repsol Honda akan memberikan maklum balas selepas ia selesai dijalankan."