Leclerc mahu Ferrari bangkit musim 2021

Oleh Ammar Hakim 27 Februari 2021 93
Leclerc mahu Ferrari bangkit musim 2021
Charles Leclerc berlatih keras bagi memastikan Ferrari bangkit daripada musim terburuk sepanjang 40 tahun.

Pada 2020, Leclerc menamatkan saingan di tangga kelapan dalam kejuaraan pemandu, dengan sekadar 98 mata dan dua podium yang diperoleh.

Walaupun kurang cemerlang namun lebih cemerlang berbanding rakan sepasukan, Sebastian Vettel, yang memiliki 33 mata dan satu podium di tangga ke-13.

Bekas juara dunia itu menyertai Aston Martin bagi 2021 berikutan kutipan mata terendah dalam kariernya, dengan Carlos Sainz diletakkan sebagai rakan sepasukan baru buat Leclerc.

"Terdapat banyak telah diusahakan. Kami telah mencuba banyak perkara," katanya.

"Ia kelihatan positif di atas kertas tetapi kami perlu melihat langkah demi langkah yang perlu diambil.

"Saya tidak pernah berada di [kilang] Ferrari sebanyak sebelum musim ini. Kami telah melakukan banyak ujian dengan jentera lama. Saya berasa sangat bersedia.

"Saya telah bekerja dengan cara yang sama seperti pada masa lalu, berusaha memahami apa kelemahan saya tahun lalu.

"Saya masih percaya bahawa pengurusan tayar adalah sesuatu yang harus saya perbaiki. Saya bertambah baik tahun lalu dan saya harap akan ada langkah yang baik tahun ini."
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen