Leclerc bukan pemandu nombor satu Ferrari apabila Sainz tiba

Oleh Nafis Abdullah 26 Mei 2020 201
Leclerc bukan pemandu nombor satu Ferrari apabila Sainz tiba
Charles Leclerc menolak dakwaan dia akan muncul pemandu nombor satu Ferrari apabila Carlos Sainz Jr. tiba tahun depan.

Leclerc menyinar dalam musim sulung bersama Ferrari pada tahun lalu, menduduki tangga keempat dalam senarai pemandu kejuaraan.

Pelumba berusia 22 tahun itu melanjutkan kontrak dengan pasukan itu sehingga 2024 dan tahun depan, dia bakal menerima rakan sepasukan baru selepas Sainz tiba daripada McLaren menggantikan Sebastian Vettel.

Leclerc sangat mengagumi Sainz yang menamatkan saingan tahun lalu di kedudukan keenam pemandu keseluruhan.

"Saya tidak menjadi pemandu nombor satu," katanya.

"Saya fikir Sainz adalah pemandu hebat dan dia akan buktikannya. Ia jelas dilihat. Bagi saya, ia akan jadi cabaran bagus."

Leclerc turut memberikan penghargaan buat Vettle yang akan meninggalkan Ferrari hujung tahun ini tatkala masa depannya masih samar.

"Vettle mengajar saya banyak perkara, itu kebenarannya," tambahnya.

"Saya gembira memiliki rakan sepasukan sepertinya kerana dia seorang yang sangat berpengalaman."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen