Lewis Hamilton menyifatkan kemalangan pada permulaan sesi kelayakan dalam Grand Prix Brazil membuktikan semua orang tidak memiliki keistimewaan.

Juara dunia musim 2017 itu bakal memulakan perlumbaan pada petak terakhir di Interlagos selepas terbabas dalam pusingan pertama sesi kelayakan pertama.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, meraih tempat pertama di hadapan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen.

"Ia telah berlaku. Saya kurang bernasib baik," kata Hamilton.

"Saya melihatnya sebagai satu cabaran dan cuba melakukan sesuatu yang menarik.

"Saya akan cuba untuk mengetepikan semua berita negatif dan melihat ke depan dan cuba untuk menghindarinya.

"Ia merupakan sesuatu yang janggal buat saya tetapi ia telah membuktikan bahawa saya juga manusia," ujarnya.

Hamilton mengakhiri saingan di tempat ketiga untuk Brazil lapan tahun lalu ketika memulakan perlumbaan di petak ke-17.

"Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk perlumbaan ini. Sebelum ini, saya pernah mengharungi perlumbaan yang sangat menarik di sini," tambahnya.