Hafizh Syahrin perlu dibantu -- Bobie Farid

Oleh Staff Writer 12 Julai 2019 3557
Hafizh Syahrin perlu dibantu -- Bobie Farid
Pemilik pasukan OneXOX TKKR SAG, Bobie Farid Shamsudin, sedia membantu Hafizh Syahrin Abdullah yang hilang tempat dalam saingan MotoGP tahun depan.

Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Hafizh mengenai hala tujunya dalam dunia permotoran apabila digantikan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder, dalam pasukan Redbull KTM Tech 3. untuk musim 2020.

Namun, beberapa pasukan sudah menyatakan minat menyunting khidmat Hafizh, termasuk OneXOX TKKR SAG yang bersaing bagi kategori Moto2 tahun ini.
 
"Katakanlah dia tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan dan pelumba juga tidak bertukar, itu bermakna kami harus membeli satu slot daripada Moto2 untuk bersaing dalam MotoGP, di mana kosnya pasti lebih tinggi," kata Bobie Farid.

"Kami tidak mahu ke arah itu. Jika semua pasukan tidak mahukannya dan kami mahu membantu dia, rakyat Malaysia perlu fikir bagaimana untuk membeli satu slot pasukan bagi saingan MotoGP."

Hafizh, yang turut dikenali dengan gelaran El Pescao, mengutip tiga mata ketika saingan GP Perancis, Mei lalu dan di Litar Assen, Belanda sebulan kemudian dengan menduduki tangga ke-25 keseluruhan.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen