Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yakin cabarannya dalam kancah Moto2 pada musim 2020 akan lebih baik apabila bakal bersama pasukan baru, Aspar Racing Team.

Pelumba kelahiran Selangor itu sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi musim depan yang bakal bermula dalam Grand Prix Qatar, 6 Mac depan.

"Pasukan ini mempunyai banyak pengalaman dalam kancah ini.

"Malah, pengalaman saya dalam saingan MotoGP akan sangat membantu daripada segi kekuatan enjin selain kerjasama saya dengan kakitangan pasukan akan bertambah baik," katanya di Shah Alam hari ini.

Di sebalik keyakinan yang diluahkan, Hafiz Syahrin mengelak untuk berasa selesa berikutan cabaran yang bakal dihadapinya daripada pelumba-pelumba lain.

"Saya tidak boleh katakan bahawa saya akan sentiasa muncul dalam kelompok tiga terbaik tetapi semua pelumba inginkan podium dan keputusan yang terbaik."


Editor: Shaiful Shamsudin