Hafizh Syahrin hargai bantuan KBS 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 April 2020 151
 Hafizh Syahrin hargai bantuan KBS 
Tatkala dunia dibelenggu wabak koronavirus baru (Covid-19), pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, boleh menarik nafas lega.

Pelumba yang kembali ke saingan Moto2 bersama pasukan Aspar itu menerima kelulusan dana bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang akan disalurkan dalam masa terdekat.



"Alhamdulillah saya berasa lega. 

"Sebelum ini saya telah menggunakan duit saya terlebih dahulu.

"KBS telah menghubungi saya dua hari lalu. Permohonan itu sebenarnya telah diluluskan sebanyak 50 peratus. 

"Ia memudahkan perjalanan latihan saya.

"Cuma saya perlu ada disiplin selepas (kesudian) KBS membantu saya. 

"Sekarang saya boleh fokus 100 peratus untuk perlumbaan dan mahu buat yang terbaik demi negara," katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Wan Muiz Wan Aziz, hari ini.

Begitupun, kedua-dua pihak tidak mengumumkan jumlah bantuan yang diterima pelumba kelahiran Selangor itu. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen